Peranan dalam penyakit manusia Malassezia

Beru-baru ini pengecaman Malassezia pada kulit telah dibantu dengan penggunaan teknik molekular atau berasaskan-DNA sama seperti yang digunakan oleh ahli sains forensik bagi mengenal pasti orang yang disyaki. Penyiasatan ini menunjukkan bahawa spesies Malassezia menyebabkan kebanyakan penyakit kulit pada manusia, termasuk punca utama kelemumur dan seborrhoeik dermatitis, adalah M. globosa (sungguhpun M. restricta turut terbabit).[5] Radang kulit tinea versicolor (pityriasis versicolor) juga disebabkan oleh jangkitan fungi ini.

Oleh kerana fungi memerlukan lemak untuk membesar, ia paling banyak terdapat di kawasan banyak kelenjar minyak ("sebaceous gland"): pada kulit kepala,[12] muka, dan bahagian atas badan. Apabila fungi tumbuh terlalu cepat, pertumbuhan baru sel semulajadi terganggu dan kelemumur muncul dengan rasa gatal-gatal (proses yang sama juga mungkin berlaku dengan fungi dan bakteria lain).

Projek pada tahun 2007 telah menunjukkan jujukan genom Malassezia globosa punca kelemumur dan mendapati ia memiliki 4,285 gen.[13] M. globosa menggunakan lapan jenis lipase berlainan, bersama tiga fosfolipase ("phospholipases"), untuk mengurai minyak pada kulit kepala. Mana-mana dari 11 protein ini merupakan sasaran yang sesuai bagi ubat kelemumur.

M. globosa telah dijangka memiliki keupayaan membiak secara seksual,[13][14] tetapi ia tidak pernah dilihat.

Berkaitan